Friday, 14 September 2012

IKHWAN ditangan Imam Jalaludddin As Suyuti RH ( abad 9 Hijrah ).



Ikhwan adalah suatu nama yang umum, namun golongan yang digelar Ikhwan adalah suatu yang jarang-jarang berlaku dalam sejarah Islam. Sepanjang sejarah umat Islam yang sudah lebih seribu empat ratus tahun ini, hanya beberapa peristiwa sahaja yang menggunakan nama Ikhwan, itupun sebahagiannya tidak sepopular mana pada mata masyarakat seluruh dunia. Ini membuktikan lagi bahawa hadis-hadis mengenai golongan Ikhwan ini memang tidak popular, baik pada ulamanya, para pemimpinnya, rakyat jelata dan umum masyarakat. Dan dikeranakan itu pulalah, dengan mudah kita dapat membezakan antara yang benar-benar mengikut hadis atau hanya menumpang nama sahaja atau termenggunakan nama Ikhwan itu secara tidak sengaja.



 IKHWAN ditangan Imam Jalaludddin As Suyuti RH ( abad 9 Hijrah ).
Sejarah terawal penubuhan anggota Ikhwan adalah pada abad kesembilan Hijrah dahulu, oleh Imam as-Suyuti RH. Memang kita ketahui bahawa Imam as-Suyuti RH banyak mengkaji hadis berkenaan peristiwa akhir zaman, banyak fahamnya termasuk yang seni-seni mengenainya dan beliau juga ternyata amat berminat dengan hal-hal yang sedemikian. Beliau pernah menubuhkan jemaahnya sendiri yang dikenali sebagai golongan Ikhwan, mengambil sempena golongan Ikhwan yang disebut-sebut oleh hadis Nabi SAW. Mereka ini berpakaian hijau manakala yang perempuannya berpakaian hitam, semasa berjalan sentiasa bergerombolan dan tinggal di kawasan Timur, iaitu di timur Palestin. Mereka tidak mengangkat senjata dalam perjuangan mereka, sama seperti yang disebut oleh hadis-hadis dan akhirnya bubar setelah beberapa lama masa berlalu.

Mereka mendapat didikan agama dan mempunyai kefahaman yang hampir sama dengan pemimpin mereka iaitu Imam as-Suyuti RH sendiri. Sayangnya, jumlah mereka tidaklah tepat 314 orang seperti yang disebutkan oleh hadis dan tempat tinggal mereka juga tidaklah tepat di Timurseperti yang dinyatakan oleh hadis. Zaman mereka muncul juga adalah tidak bertepatan dengan masa yang sebenar, walaupun mereka ini muncul pada awal kurun Hijrah.
Pemimpin mereka iaitu Imam as-Suyuti RH bukanlah Pemuda Bani Tamim yang disebut-sebutkan itu. Mereka juga tidak menanti Imam Mahdi muncul kerana matlamat utama Imam as-Suyuti RH berbuat demikian adalah untuk mendapatkan keberkatan sahaja, moga-moga beliau dan anggota Ikhwannya itu mendapat satu pahala, iaitu pahala berijtihad. Jika betul ijtihadnya, mereka mendapat dua pahala dan jika salah ijtihad itu, tetap mendapat satu pahala, iaitu pahala berijtihad. Mereka juga sebenarnya mendapat pahala-pahala lain iaitu pahala berusaha, pahala berjuang dan pahala beramal secara berjemaah.
Itulah golongan pertama yang diketahui sejarah menggunakan nama Ikhwan dalam perjuangan mereka

No comments:

Post a Comment