1. Sahih al-Bukhari
Ditulis oleh Imam al-Hafiz Muhammad Bin Ismail al-Bukhari, lahir pada 13 Syawal tahun 194H, wafat pada 256 H.
Tergerak hati untuk mengumpulkan hadith2 sahih apabila mendengar kalam salah seorang gurunya iaitu Imam Ishak Rahawaih berkata “ Sekiranya kamu mengumpulkan sebuah kitab yang ringkas bagi hadith-hadith sahih dari Nabi SAW .” Kitab beliau menduduki tangga teratas selepas al-Quran. Menurut Ibn Hajar al-asqolani dalam muqaddimah Fath al-Bari Shohih Bukhari mempunyai 7398 hadith dengan perulangan. Tanpa perulangan sebanyak 2602 hadith.
Lebih utama daripada sahih Muslim kerana :
a) Imam Bukhari mensyaratkan setiap perawi yang mengambil dari perawi lain mesti berada dalam satu zaman dan mesti berjumpa sekurang-kurangnya sekali. Manakala Imam Muslim hanya mensyaratkan berada di satu zaman, tanpa syarat berjumpa.
b) Imam Bukhari lebih merupakan seorang yang faqih berbanding Imam Muslim.
c) Imam Bukhari tidak mengambil hadith dari Imam Muslim, manakala Muslim mengambil dari Bukhari.
d) Bukhari mengkaji perihal perawi.
e) Para perawi yang dikritik dalam sanad hadith dalam sahih Bukhari hanya lebih kurang 80 orang sahaja. Manakala Muslim lebih kurang 160 orang. Dalam keadaan Bukhari mengambil Hadith dari guru-gurunya yang amat dikenalinya, kebanyakan guru-gurunya telah dikritik sebagai dhoif, tetapi beilau lebih kenal akan guru-gurunya daripada para pengkritik.
f) Kurangnya pengkritik ke atas Bukhari dari sudut ‘syaz’ dan ‘illah’ berbanding Muslim. Bukhari sebanyak 78, manakala Muslim sebanyak 130.
Kitab syarah dan ringkasan Shohih Bukhari terlampau banyak, hinggakan kitab syarahnya sahaja mencecah 82 buah.
Syarah Bukhari yang paling popular adalah :
a) I’lam as-Sunan, Imam al-Khattabi.
b) At-Tanqih, Imam Badr al-Deen al-Zarkasyi.
c) Fath al-Bari, Al-Hafiz Ibn Hajar al-asqolani.
d) Umdah al-Qari, Badr ad-din al-‘aini.
e) At-Tawsyikh, Al-Hafiz Jalaluddin As-Suyuti.
f) Irsyad al-Sari, Ahmad Bin Muhd al-Qastalani.
Kitab khusus yang meneliti perawi-perawi di dalam sahih Bukhari :
a) Asma’ Rijal Shohih al-Bukhari, Ahmad Bin Muhd Al-Kalabazi.
b) At-Ta’dil wa at-Tajrih liman kharaja ‘anhu al-Bukhari, Al-Hafiz Sulaiman al-Baji.
2. Sahih Muslim
Bagaimanapun, Sahih Muslim lebih utama dari sahih Bukhari dari sudut ilmu penulisan, seperti Muslim tidak banyak perulangan hadith, begitu juga isnad. Ia juga menggabungkan seluruh hadith berkaitan dalam satu bab, juga meletakkan jalan-jalan (turuq) yang diredhainya. Begitu juga meletakkan isnad dan lafaz yang berbeza, yang mana ia menjadikan lebih mudah bagi pengkaji berbanding Bukhari.
a. Hadith di dalamnya sebanyak 7275 dengan perulangan, sebanyak 4000 tanpa ulang.
b. Imam Muslim mempunyai kaedah tersendiri yang hebat dalam menringkaskan sanad menurut keadah matematik.
c. Kitab syarahnya mencecah 15 buah. Yang paling popular :
i. Al-Mu’lim bi fawaid Muslim, Imam Muhd Ali Al-Mazari al-Maliki.
ii. Ikmal al-Mu’allim bi fawaid Muslim, Al-Qadhi ‘Iyadh al-Maliki.
iii. Al-Minhaj Syarh Shohih Muslim, Imam an-Nawawi.
iv. Talkhis Shohih Muslim wa syarhuh, Ahmad Umar al-Qurtubi.
v. Mukhtasor al-Hafiz Zaki ad-Din al-Munziri.
d. Kitab yang meneliti rijal ( perawi ) dalam shohih Muslim:
i. Rijal Shohih al-Imam Muslim, Ahmad Ali Manjuyah.
ii. Rijal al-Bukhari wa Muslim, Al-Hafiz al-Dar Qutni.
3. Sunan An-Nasaie
Ia menduduki tempat ketiga kerana merupakan sunan yang tersedikit mengandungi hadith Dhoif.( demikian menurut Dr Mustofa as-Siba’ie dalam kitabnya as-Sunnah wa makanatuha fi at-Tasyri’ al-Islami). Imam Suyuti pula menyatakan sunan ini adalah terbersih sanadnya dari empat sunan selepas sahihain.
Beliau menjelaskan perihal rawi dari sudut sahih, dan asoh, dhoif dan ad’af.
Hadith dalam kitabnya terbahagi kepada 3 jenis:
a. Hadith yang dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim.
b. Hadith sahih di atas syarat Bukhari dan Muslim, tetapi tidak dikeluarkan oleh mereka berdua.
c. Hadith yang terpisah dari i’llah Hadithnya.
Kitab syarahnya :
a. Zahru al-Ruba ‘ala al-Mujtaba, Imam As-Suyuti.
b. Ihktisharnya dikarang oleh Imam as-Sandi.
4. Sunan Abu Daud
Oleh Imam al-Hafiz Sulaiman bin As’ath al-Sijistani ( 202 H- 275 H )
Beliau mengeluarkan hadith dari kumpulan 500,000 hadith lalu memilih yang terbaik. Sunannya mencecah 4800 hadith.
Beliau menghadkan sunannya kepada hadith ahkam, lalu merupakan kitab hadith pertama yang bersifat kumpulan hadith ahkam.
Jika hadith dalam kitabnya terlampau wahan, beliau akan menjelaskannya, ( Ibnu Solah menaqalkan kalam Abu Daud sendiri )
Kitab beliau istimewa kerana menyebut masalah-masalah furu’. Contohnya dalam Bab al-Adab yang mempunyai 80 bab. Juga mengandungi perincian terhadap sunnah perbuatan, perkataan, taqrir dan sifat Nabi.
Syarahnya oleh :
a. Imam Al-Khattabi, Ma’alim as-Sunan.
b. Qutb ad-Din as-Syafie.
c. Al-Syeikh Shihabuddin Ar-Ramli al-Syafie.
d. Syaraf al-Haq Abadi, ‘Aun al-Ma’bud.
Ikhtisornya oleh :
a. Al-Hafiz al-Munziri.
b. Imam Ibn Qayyim beserta syarah.
5. Sunan at-Tirmidzi / al-Jami’ li Imam at-Tirmidzi
Imam al-Hafiz Abu Isa Muhd Bin Isa at-Tirmidzi ( 209 H - 270 H )
Sunannya disusun menurut bab fiqh dan lainnya, terkandung hadith Sahih, Hasan dan Dhoif. Beserta penjelasan darjah ( kekuatan ) hadith.
Ia merupakan kitab yang khusus dalam menyatakan Hadith-hadith bertaraf Hasan. Ini kerana beliaulah yang pertama mengelaskan hadith sebagai Hasan lalu menjadikan kitabnya sebagai sumber utama untuk tujuan itu.
Kitab beliau ini tidak sunyi dari kritikan para ulama’ hadith, serta dianggap beliau ‘mutasahil’ dalam men’sahih’ dan meng’hasan’ serta mengambil hadith dari rijal dhu’afak ( perawi dhoif ) dan ‘Matruk’. Antara yang mengkritik ini adalah al-Imam al-Hafiz Shamsuddin az-Zahabi.
Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi adalah
a. Perawi dalam Isnadnya tidak dituduh ‘al-kizb’ ( pembohong).
b. Tidak ‘syaz’
c. Diriwayatkan lebih dari satu jalan. (lihat al-ilal al-Shoghir , Imam at-Timidzi, 5/658)
Syarahnya oleh :
a. Abu Bakar Ibn al-‘arabi ( 543 H ) ‘aridatul ahwazi.
b. Imam As-Suyuti as-Syafie ( 911 H )
c. Ibn Rejab al-Hanbali ( 795 H )
d. Abd Rahman al-Mubarakpuri al-Hindi ( 1353 H ), Tuhfatul ahwazi.
6. Sunan Ibn Majah
Oleh Imam al-Hafiz Yazid Bin Majah ( 207 H - 263 H ).
Mengandungi lebih kurang 4000 hadith.
Ulama’ terdahulu hanya menjadikan usul utama hadith dalam 5 kitab yang disebut di atas, lalu ulama’ terkemudian meletakkan kitabnya di nombor 6 kerana banyaknya manfaat dalam bidang fiqh. Individu yang pertama meletakkannya di tangga ke 6 adalah, al-Hafiz Muhd Bin Tohir al-Maqdisi ( 507 H ).
Bagaimanapun terdapat ikhtilaf dalam meletakkan kitab hadith di tangga ke 6, ada yang memilih Muwatta’ Imam Malik, atau Sunan ad-Darimi. Ini adalah kerana Ibn Majah terkenal mengeluarkan hadith dari perawi yang dituduh pembohong dan pencuri hadith.
Syarahnya oleh:
a. Muhd Musa al-Damiri ( 808 H)
b. Imam as-Suyuti (911 H) , Misbah az-Zujajah ala sunan Ibn Majah.
Sumber : http://generasiterakhirdu2010.blogspot.com/2010/09/lame-sungguh-tak-update-my-blog.html
No comments:
Post a Comment